Belang BertempatUncategorized

Bentuk segera tentera OIC-Ibrahim Ali

KEKEJAMAN Zionis Israel laknatullah berterusan dan semakin mengganas tanpa berhati perut. Haiwan pun tidak seganas tentera Zionis Israel, kata Presiden Parti PUTRA Malaysia, Datuk Ibrahim Ali.

Terbaru tentera Zionis Israel telah mengebom Hospital Al Shifa di Gaza menyebabkan lebih 500 orang awan terbunuh termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Kata Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Tok Him, perbuatan durjana itu tidak boleh dimaafkan.

“Zionis Israel berani mengganas kerana mendapat sokongan padu dari Amerika Syarikat dan negara-negara sekutu Barat.

“Negara-negara itu dipimpin oleh dajal-dajal yang tidak berotak, tidak berhati perut tanpa sebarang peri kemanusiaan,” ujar beliau.

Kata Tok Him lagi, rakyat di seluruh dunia sudah berdemonstrasi membantah, meluah kecaman dan kutukan terhadap Zionis Israel.

Berbagai desakan dikemukakan agar dihentikan kekejaman terhadap ummat, rakyat Palestin di Gaza, katanya.

Namun Zionis Israel langsung tidak peduli termasuklah Amerika Syarikat manakala Rusia dan China yang merupakan kuasa besar hanya sekadar bersuara tanpa sebarang  tindakan berkesan, kata Tok Him.

“Iran juga masih teragak-agak untuk melakukan tindakan tegas bagi membantu rakyat dan bumi Palestin.

“Apakah pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin tidak boleh dihentikan segera? Dimanakah maruah negara-negara OIC yang masih gagal melakukan sebarang tindakan berkesan?” soal Tok Him dalam kenyataannya.

Seterusnya beliau berkata, tidakkah mereka malu pada Allah dan lebih takut kepada Zionis Israel, Amerika dan sekutunya  daripada takut kepada Allah?

Sehubungan itu, Tok Him menegaskan, PUTRA mendesak Kerajaan Malaysia segera menghantar notis kepada OIC supaya OIC serta-merta mengadakan Sidang Tergempar dan membawa usul bagi menubuhkan TENTERA PENYELAMAT OIC dan segera memasuki GAZA bagi menyelamatkan rakyat Palestin dari terus menjadi mangsa pengeboman dan senjata kimia pihak Zionis Israel.

“Tentera OIC bukanlah bertujuan untuk berperang dengan Zionis Israel atau sekutunya tetapi untuk  menyelamatkan rakyat dan bumi Palestin.

“Setiap anggota OIC boleh menghantar seribu orang tentera setiap negara dengan aset-aset yang difikirkan perlu untuk menyelamatkan rakyat Palestin dan mempertahankan diri dari apa jua serangan,” ujar beliau.

Tambah beliau, jika ada sebarang negara anggota OIC yang tidak mahu ikut serta, tinggalkan mereka itu.

“Yang utama ialah bagi yang sanggup berjihad di jalan Allah SWT,” katanya.

Tok Him berkata, Gerila Vietcong di Vietnam mampu mengalahkan tentera Amerika suatu ketika dahulu dan itu adalah contoh yang baik.

“Ingatlah peristiwa perang Badar di zaman Rasullulah S.A.W dahulu. Kita tidak boleh berdoa semata mata.

“Allah memberi peringatan agar berusaha, merancang dan melaksanakan tindakan dengan penuh yakin. Insya-Allah, selebihnya akan datang pertolongan dari Allah SWT,” katanya.

Kata Tok Him, PMX Malaysia: Sekarang buktikanlah bahwa anda sememangnya wira dan Pemimpin yang berani kehadapan dan boleh menjadi jaguh bagi negara Islam yang sebenar dan bukannya cuma harimau kertas atau sekadar pelakon politik. Pamerkan betapa anda benar-benar bertekad untuk menyelamatkan umat Palestin dan Mesjid Al Aqsa.

“Apakah PMX Msia ada 5% jiwa dan semangat juang fisabillilah seperti Sallahuddin Al Ayubi sudah mencukupi atau sebenarnya budak suruhan Amerika? Buktikanlah mana satu yang benar dan ikhlaslah dengan kata-kata di bibir mulut bukan sekadar retorik.

“Zahirkan diri sebagai pemimpin yang berani dan berintegriti. Insya-Allah, sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan cadangan penubuhan Tentera OIC untuk menyelamatkan rakyat Palestin dan Masjid AlAqsa,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button