Nasional

Benarkan pelarian Rohingnya bekerja di Malaysia

SEBUAH kumpulan aktivis menggesa agar komuniti Rohingnya diambil bekerja dalam sektor yang cenderung dijauhi oleh rakyat Malaysia.

Memetik laporan FMT, Pengarah Eksekutif Tenaganita Glorene Das berkata faktor seperti wabak telah melambatkan proses pengambilan pekerja asing maka warga Rohingnya boleh menyumbang kepada ekonomi negara sambil menyara kehidupan mereka.

Beliau juga menggesa agar dasar pekerjaan digubal untuk mencegah eksploitasi pekerja pelarian kerana peningkatan kes pelanggaran undang-undang buruh dalam beberapa sektor.

Glorene Das mengulas cadangan Ahli Parlimen Jempol Salim Sharif mengenai pendatang Rohingnya menguruskan sawah padi di Malaysia.

Seorang aktivis John Quinley dari Fortify Rights berkata, kerajaan perlu menghalang sentiment antipelarian dan antimigrant dalam isu tersebut.

Sebaliknya kerajaan perlu menyokong kerjasama antara rakyat Malaysia dengan Rohingnya dalam semua bidang.

Naib Pengerusi Persatuan Pertanian Alamu Adi Setia pula berkata, kerajaan tidak berpandangan jauh dalam pengabaikan tenaga kerja pelarian.

“Membenarkan Rohingya bekerja di sawah padi akan menangani beberapa isu berkaitan pelarian negara dengan berkesan.

“Sudah tentu rangka kerja undang-undang perlu disediakan untuk memastikan warga Rohingnya tidak dieksploitasi,” katanya.

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), lebih 200 warga Rohingya menguruskan sawah padi di seluruh negara. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button