Hiburan

Fattah akui terima LOD dari Fazura berkaitan isu kenderaan sebelum pergi umrah

PELAKON terkenal Fattah Amin mengakui menerima surat tuntutan undang-undang (LOD) daripada bekas isterinya yang merupakan seorang selebiriti Nur Fazura, berkaitan kenyataan isu kenderaan yang pernah tular sebelum ini.

Menurut Fattah, 33, mendedahkan bahawa LOD tersebut diterimanya sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah, namun enggan mengulas lanjut kerana menganggap perkara itu terlalu peribadi.

“Betul. Saya ada terima LOD bulan lalu, sebelum mengerjakan umrah. Saya kurang pasti tarikh sebenar, tetapi pihak peguam telah menjawab dan menyerahkannya mengikut tempoh ditetapkan, iaitu tujuh hari dari tarikh LOD diterima. Setakat ini, itu saja yang boleh saya kongsikan. Untuk urusan selanjutnya, kita tunggu di mahkamah,” katanya ketika ditemui dalam sidang media Usanita Entertaiment petang tadi.

Fattah juga menjelaskan bahawa semua urusan tersebut kini berada di bawah tanggungjawab pihak peguamnya.

“Itu urusan peribadi. Saya tak boleh kongsi lebih lanjut, lebih baik disimpan sendiri saja,” katanya.

Terdahulu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Fazura mendakwa pernah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada Fattah sewaktu mereka masih bergelar suami isteri.

Namun, Fattah menyangkal kenyataan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada Oktober lalu selepas sah bercerai dengan talak satu.

Menurut Fattah, kenderaan yang dimaksudkan itu sebenarnya dibayar secara ansuran melalui potongan gajinya setiap bulan, bukanlah hadiah seperti yang didakwa oleh Fazura.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button