Hiburan

Bella Astilah, Aliff Aziz bakal kembali bersatu

INI bukan disebabkan mereka menghadapi masalah rumah tangga atau apa, tetapi telah sembilan bulan berpisah  akibat wabak Covid-19.

Selepas sembilan bulan berjauhan, artis kelahiran Singapura, Aliff Aziz dijangka pulang ke pangkuan isteri, Bella Astillah dan dua cahaya mata mereka, tidak lama lagi.

Bella, 26, memberitahu, anak sulung mereka yang berusia tiga tahun, Ayden Adrean paling teruja untuk bertemu bapa yang dipanggil Daddy.

“Tentunya saya gembira apabila suami akan pulang ke pangkuan kami. Namun, yang membuatkan saya lebih teruja tentulah Ayden yang ternanti-nanti ketibaan Daddy.

“Buat masa ini, Aliff masih dikuarantinkan sebelum dibenarkan pulang ke rumah, beberapa hari lagi.

“Selain Ayden, saya tidak sabar untuk menemukan Aliff dengan puteri kami, Ara Adreanna yang berusia lima bulan,” katanya seperti yang dipetik dari BH Online.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Namun, mahligai mereka beberapa kali diuji hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei, tahun lalu.

Bagaimanapun, pasangan itu dilaporkan rujuk dalam tempoh edah, namun, perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button