Nasional

Tarif elektrik baharu untuk rakyat Malaysia tahun depan

KADAR tarif elektrik untuk pengguna domestik dan industri bagi 2021 akan diumumkan minggu ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Kita akan umumkan dalam minggu ini. Tunggu,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis perhimpunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, di Putrajaya hari ini.

Pada Jun lalu, Shamsul Anuar berkata kerajaan memberi jaminan bahawa kepentingan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan dalam menilai semula kadar semasa tarif elektrik.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dijangka mengumumkan tarif baharu bagi tempoh Januari-Jun 2021 pada penghujung tahun ini selepas mendapat persetujuan Kabinet.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada September lalu dilapor menjangkakan kemungkinan berlaku penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas semasa. – BERNAMA


(Visited 102 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button