Nasional

Larry Sng letak jawatan, PKR Sarawak buat persediaan awal

PKR Sarawak nampaknya mula membuat pencaturan awal apabila Pengerusinya, Larry Sng melepaskan jawatan  untuk membolehkan parti itu dipimpin pemimpin Dayak sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) tahun depan.

Sng dalam kenyataan berkata, keputusan itu demi kepentingan PKR Sarawak memandangkan majoriti penduduk Sarawak ialah orang Dayak.

“Majoriti penduduk Sarawak adalah orang Dayak, namun kita dapati kawasan termiskin dan mundur di negeri ini berada di kawasan Dayak.

“Orang Dayak juga kurang mewakili kepimpinan tertinggi sama ada dalam parti pemerintah mahupun pembangkang, misalnya presiden dan pengerusi parti daripada PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak); PDP (Parti Demokratik Progresif); SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak); PKR; DAP; PSB (Parti Sarawak Bersatu); PBK (Parti Bumi Kenyalang); AMANAH (Parti Amanah Negara) semuanya orang Melayu atau Cina walaupun parti mereka banyak disokong orang Dayak.

“Saya percaya dengan membuat perubahan ini dalam kepimpinan PKR Sarawak, ia akan memberi kepercayaan kepada parti dalam memerangi ketidaksetaraan ekonomi dalam sektor swasta, ketidaksamaan pemilihan dan promosi dalam perkhidmatan awam dan tekan kami dalam menangani isu tanah hak adat Bumiputera (NCR),” katanya.

 

(Visited 849 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button