Bell Ngasri dilantik sebagai duta produk wangian Sky, Bell Edition
Tawar hadiah lebih RM500,000 di Karnival Kedah Best
REZEKI pelawak Bell Ngasri atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 43, selepas merangkul trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35 ini semakin mencurah.
Dihujani tawaran lakonan dan persembahan, Bell kini menjalin kolaborasi dengan Iconic Sky Entertainment.
Bukan bekerjasama dalam bidang hiburan, Iconic Sky Entertainment menjadi pengeluar wangian Sky dan melantik Bell sebagai duta produk untuk jenama terbabit.
Menerusi wangian Bell Edition, ia tampil dengan tiga variasi iaitu Bell Eau De Parfum for Him, Bell Eau De Parfum for Her dan Bell Freshener.
Menurut Pengarah Urusan Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail, pemilihan Bell sebagai duta produk untuk wangian Sky bagi Bell Edition adalah bertepatan dengan visi mereka untuk memperkenalkan jenama terbabit kepada pasaran tempatan.
“Ini merupakan wangian pertama keluaran Iconic Sky Entertainment yang diberi nama Sky. Untuk edisi pertama Sky, kami tampil dengan kolaborasi bersama Bell Ngasri dan kami datang dengan tiga variasi dan ia akan dijual di platform online yang Iconic Sky Entertainment sediakan.
“Bell Eau De Parfum for Him, kami tampilkan bauan citrus fresh manakala untuk Bell Eau De Parfum for Her pula, kami tumpukan kepada aroma sweet rose. Untuk Bell Freshener yang sesuai untuk diletakkan di dalam kereta atau rumah, kami tampilkan wangian vanilla cream.
“Sebagai pemain baharu dalam industri ini, besar harapan kami untuk memperkenalkan wangian Sky kepada peminat wangian tempatan, seterusnya memikat hati orang ramai. Kami percaya Bell mempunyai potensi besar untuk membawa jenama Sky dengan lebih meluas,” kata Danial.
Dalam pada itu, Danial turut mengumumkan acara Karnival Kedah Best yang turut menjadi rangka promosi bagi memperkenalkan wangian Sky ini.
“Kami bakal adakan acara besar-besaran untuk melancarkan wangian ini di Karnival Kedah Best yang akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada 23 Disember hadapan.
“Bell Ngasri sendiri akan turun padang ke sana bagi memeriahkan acara. Selain pelancaran dan jualan wangian, Karnival Kedah Best turut menarik ramai pengunjung dengan pelbagai acara menarik seperti Pertandingan Memancing, Perhimpunan Motor, Jualan T-Shirt (motor dan memancing) serta booth jualan makanan.
“Pengunjung yang datang boleh menyertai cabutan bertuan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 antaranya Nissan GTR 35, Yamaha 135LC, gelang emas dan wang tunai dengan setiap pembelian. Kesemua pembelian wangian dan baju akan mendapat satu kupon cabutan bertuah,” katanya lagi. – SM
Artikel berkaitan > Nak juga tidur dengan trofi, Bell Ngasri tiru gaya Azizulhasni Awang