Beli Cuckoo dapat kondo hadiah hari jadi ibu tunggal
APABILA seorang pekerja kilang, Jubaidah Chan, menerima hadiah hari jadinya, sebuah kerusi urut CUCKOO daripada anak lelakinya untuk membantu melegakan sakit kaki, beliau tidak pernah membayangkan bahawa hadiah tersebut akan didatangi dengan sebuah rumah baharu.
Sebagai pemenang hadiah utama peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ 2024 yang dianjurkan oleh CUCKOO
International, Jubaidah kini pemilik sebuah Pangsapuri Servis Grand Ion Majestic oleh NCT Group, bernilai lebih
daripada RM550,000 — inilah bukti bahawa kadangkala mimpi memang boleh menjadi realiti.
Jubaidah, seorang ibu tunggal yang membanting tulang bekerja di kilang setiap hari selama lima belas tahun untuk menyara anak-anaknya, berasa sangat terharu apabila diberitahu beliau telah memenangi hadiah utama.
Pada beliau, pangsapuri baharu itu bukan sahaja hadiah cabutan bertuah; ia simbol harapan masa depan yang
cerah untuk keluarganya.
“Saya tak percaya — malah, saya cuba memberitahu anak-anak saya yang ini tidak benar kerana ia nampak mustahil. Saya tak pernah menang apa-apapun dalam seumur hidup saya, jadi ini memang satu kejutan yang
amat besar.
“Saya rasa sangat bersyukur kerana diberkati dengan anak-anak yang menghadiahkan saya kerusi urut CUCKOO BESPOKE untuk hari jadi saya, kemudian dikejutkan pula dengan hadiah utama ini. Kemenangan ini
sangat ajaib, dan saya sangat bersyukur,” kata Jubaidah.
Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ adalah dilancarkan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan CUCKOO atas kesetiaan dan sokongan mereka sambil memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memiliki
kehidupan yang lebih sihat.
Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu membeli dan memasang produk CUCKOO dalam tempoh peraduan, di mana penyertaan mereka akan dibuat secara automatik.
Kini dalam edisi ketiga, peraduan kali ini menampilkan hadiah utama dengan sebuah pangsapuri servis dan hadiah pertama dengan sebuah rumah teres dua tingkat.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Hoe Kian Choon menyatakan keterujaan beliau terhadap pemenang peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ tahun ini.
“Peraduan ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan kepada pelanggan-pelanggan yang tela menyokong kami selama bertahun-tahun. Disebabkan sokongan inilah, kami mampu meraikan ulang tahun ke-
10 kami pada tahun ini dan terus menjadi Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) untuk semua rakyat Malaysia.
“Saya tumpang gembira melihat pemenang-pemenang peraduan ini dan saya berharap hadiah-hadiah
ini dapat memberi kegembiraan kepada mereka sekeluarga.
“Kami akan terus bernekad untuk membawa nilai terbaik kepada semua pelanggan dengan memastikan mereka bukan sahaja menikmati produk dan servis kami, tetapi juga berasa benar-benar dihargai.
“Ini adalah sebahagian daripada janji kami untuk terus memperjuangkan dan menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier,” kata Kian Hoe
Jubaidah berkata, beliau juga berterima kasih kepada CUCKOO kerana menganjurkan peraduan ini bagi pelanggan mereka.
Dia teramat bersyukur kerana memenangi hadiah yang hebat ini. Sebagai pelanggan setia CUCKOO selama bertahun-tahun, sangat berpuas hati dengan produk-produk mereka — dari periuk serbaguna ke penapis air, dan yang terkini, kerusi urut.
“Kualiti produk dan servis dari CUCKOO sentiasa bagus dan kali ini, setelah diberikan hadiah utama, saya berasa sangat terharu dan berasa sangat diberkati.
“Terima kasih CUCKOO kerana merealisasikan semua ini untuk saya sekeluarga,” katanya.
Hadiah Pertama peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ 2024 pula telah dimenangi oleh Rabbani Syarwan yang
telah dihadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat Ion Belian Garden oleh NCT Group, bernilai lebih daripada
RM450,000.
Rabbani berancang untuk menjadikan rumah baharunya sebagai rumah percutian.
“Saya dan isteri saya telahpun mengkaji kawasan di mana terletaknya rumah tersebut. Ianya berdekatan dengan Genting Highlands dan menawarkan pelbagai tarikan seperti mata air panas, ladang yang menarik, dan taman rekreasi yang cantik.
“Saya tak sabar untuk merancang percutian kami yang akan datang di situ dan mencipta memori yang tak dapat dilupakan bersama keluarga saya. Terima kasih CUCKOO kerana memberikan peluang ini kepada kami,” kata Rabbani.
Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ 2024 bukan sahaja menyambut kesetiaan pelanggan, malah ia juga meraikan komitmen CUCKOO International yang tidak berbelah bahagi dalam meningkatkan kualiti kehidupan
rakyat Malaysia.
CUCKOO International bukan sahaja menawarkan produk yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat, mereka juga berdedikasi untuk menyampaikan pengalaman yang memberi kesan positif yang berkekalan kepada kehidupan pelanggan mereka sepanjang 10 tahun mereka beroperasi.
Selari dengan sambutan ulang tahun yang ke-10, CUCKOO International telah merancang pelbagai aktiviti untuk meraikan ulang tahunnya, termasuk CUCKOO TENtastic Deal yang menawarkan pelbagai diskaun eksklusif, program komuniti untuk membantu mereka yang memerlukan, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain yang akan memuncak dengan pesta muzik pertama syarikat tersebut, CUCKOOTOPIA, yang dijadualkan untuk November 2024. – SM