Politik

Belanjawan MADANI memastikan kesejahteraan rakyat-Altimet

Belanjawan MADANI 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan dapat memastikan kesejahteraan rakyat di negara ini secara lebih menyeluruh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad @Altimet berkata, secara umumnya, beliau bersetuju dengan pengagihan subsidi yang lebih adil seperti yang dibentangkan memandangkan ia berupaya memperbaiki ketirisan subsidi dan hasilnya akan dapat diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan lebih baik.

“Ia juga boleh diterjemahkan dengan peluang untuk kenaikan upah golongan pekerja.

“Tambahan lagi, dengan kadar pengangguran telah berjaya turun kepada kadar 3.4 peratus setakat Ogos 2023 iaitu terendah hampir menyamai kadar sebelum COVID-19 (3.3 peratus), pengumuman PMX akan membantu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.

“Ia terhasil dengan penerimaan masuk pelaburan yang banyak berdasarkan inisiatif-inisiatif diperkenalkan Kerajaan dalam Belanjawan 2024 ini.

“Saya juga berterima kasih kepada PM atas usaha pengecualian cukai persembahan pentas artis tempatan yang dinantikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Altimet, baginya, ia adalah one little band aid that helps.

“Ia memandangkan kalau dilihat sebelum ini di Selangor, kadar 15 peratus sudah dihapuskan dan ia bergantung pada negeri.

“Tetapi, lokasi utama Kuala Lumpur sebelum ini adalah sebanyak 25% dan pengumuman ini tentunya melegakan penggiat seni tempatan,” katanya.

Beliau berkata, hari ini, pembentangan Belanjawan MADANI Kedua sebagai kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi MADANI adalah milik rakyat yang merupakan visi jelas Kerajaan untuk masa depan.

“Saya berharap sususlan kerangka setiap keutamaan dan penanda aras Ekonomi MADANI yang dicerakinkan dalam membentuk Malaysia maju tidak lama lagi, “ katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button