Ekonomi

Belanjawan 2025 langkah Perdana Menteri menuju ekonomi MADANI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan bahawa Belanjawan 2025 adalah kesinambungan usaha kerajaan untuk mencapai wawasan kerangka Ekonomi MADANI.

Dalam hantaran di Facebooknya, Anwar menyatakan perkara ini selepas menandatangani dokumen rasmi Belanjawan 2025 di Kompleks Kementerian Kewangan pada hari Isnin.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican; dan pasukan Belanjawan 2025 yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Kewangan.

Perdana Menteri menekankan bahawa kerangka ini akan mendorong pertumbuhan negara serta menjunjung prinsip kemanusiaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Alhamdulillah, hari ini saya telah menandatangani dokumen rasmi Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan. Saya mengucapkan penghargaan kepada semua tenaga kerja yang telah berusaha keras dalam merangka belanjawan ini. Insya-Allah, dalam pembentangan Belanjawan pada 18 Oktober ini, akan ada lebih banyak pembaharuan struktur ekonomi yang diperkenalkan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati secara saksama oleh rakyat,” katanya.

Belanjawan 2025 akan diumumkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada 18 Oktober, yang jatuh pada hari Jumaat minggu hadapan. Ini akan menjadi pembentangan belanjawan ketiga Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button