Sukan

Belanda bangkit atasi Turkiye untuk bertemu England di separuh akhir

Belanda menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua dalam masa tujuh minit untuk bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Turkiye 2-1 pada hari Sabtu dan menetapkan pertembungan separuh akhir Euro 2024 dengan England.

Samet Akaydin memastikan Turki mendahului pada separuh masa pertama tetapi Stefan de Vrij menanduk masuk gol penyamaan dan Murt Muldur menjaringkan gol sendiri akibat tekanan Cody Gakpo selepas 76 minit untuk memberikan kemenangan Belanda.

Menjelang pertembungan suku akhir di Berlin dibayangi perbalahan diplomatik antara Turki dan Jerman selepas wira 16 terakhir mereka Merih Demiral digantung dua perlawanan kerana membuat tabik kontroversi.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah hadir menyakis perlawanan di Olympiastadion bersama dengan puluhan ribu peminat yang menyambut setiap tempoh penguasaan Belanda yang berterusan dengan tiupan wisel.

Belanda mengatasi tekanan daripada penonton dan gaya bertenaga Turki, serta peluang lewat, untuk mara ke separuh akhir Euro buat kali pertama sejak 2004.

Jurulatih Turki Vincenzo Montella meletakkan lima benteng pertahanan berharap pasukan mudanya dapat mengejar Belanda dalam serangan balas.

Juara Euro 1988 itu bagaimanapun yang mencipta peluang pertama, dengan Gakpo dan Memphis Depay berganding bahu.

Koeman mengetuai Belanda untuk menjulang kejayaan 36 tahun lalu tetapi sehingga kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Romania pada pusingan 16 terakhir, Belanda kelihatan tidak mampu untuk mencabar trofi, dengan hanya menamatkan perlawanan peringkat kumpulan di tempat ketiga.

Mereka kembali mendedahkan kelamahan pada separuh masa pertama selepas serangan awal mereka, membolehkan Turki mengambil kesempatan untuk menghukum.

Skuad Montella mula menyerang Belanda dengan rentetan set piece, akhirnya memanfaatkannya selepas 35 minit apabila Arda Guler mengitar semula sepakan sudut.

Playmaker Real Madrid berusia 19 tahun itu berpusing-pusing melakukan hantaran lintang yang disambut oleh  Akaydin, yang kembali daripada penggantungan untuk menggantikan Demiral yang digantung perlawanan.

Turkiye terus bergantung kepada kelebihan satu gol itu hingga minit ke-70.

Asakan demi asakan Belanda menyebabkan benteng Turkiye melaku kesilapan termasuk gol sendiri yang memberi kemenangan kepada Oranje.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button