
Hiburan
Bekas peserta realiti TV terlibat skandal khalwat dengan suami sahabat
DUNIA hiburan gempar apabila seorang penyanyi yang juga bekas peserta program realiti terkenal didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga sahabat baiknya sendiri!
Lebih mengejutkan, sumber mendakwa penyanyi itu telah ditangkap khalwat bersama suami kepada rakan baiknya dalam satu serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekitar jam 2 petang semalam di sebuah rumah sewa.
Pendedahan mengejutkan ini mula tular selepas seorang individu tampil membongkar hubungan sulit mereka menerusi laporan Beautifulnara. Lebih parah, suami terbabit dikatakan masih sah sebagai suami kepada rakan baik penyanyi itu, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa rumah tangga mereka sedang bergolak.