Sukan

Bekas pemain badminton Indonesia Taufik Hidayat dedah cuba disuap pegawai Malaysia

BEKAS pemain badminton tersohor Indonesia yang juga pernah menduduki takhta pemain No. 1 dunia, Taufik Hidayat mengaku pernah cuba disogok oleh pegawai dari Malaysia ketika Sukan Asia Doha 2006.

Dalam satu temu ramah di YouTube TransTV yang disiarkan oleh detik.com, Taufik berkata, ketika tu dia bertemu bertemu Datuk Lee Chong Wei di semi final.

Taufik adalah pilihan ketujuh dan Chong Wei pilihan kedua.

Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat pada kejohanan Super Siri Terbuka Indonesia di Jakarta pada 27 Jun 2010. Chong Wei Menewaskan Taufik pada kejohanan ini 21-19, 21-8.

Pemain Indonesia itu mendakwa, dia didatangi seorang pegawai dari Parsatuan Badminton Malaysia (BAM) yang cuba menyogoknya dengan duit yang jumlahnya dua kali kali ganda bonus yang ditawarkan kerajaan Indonesia supaya kalah kepada Chong Wei.

Taufik menolak dengan tegas yang mana akhirnya dia berjaya mengalahkan Chong Wei 21-16 dan 21-18.

Pada mara ke final malah meraih emas apabila menewaskan Lin Dan 21-15, 22-20.
Sebelum bersara pada tahun 2013, Taufik telah memenangi 16 pingat emas sepanjang kerjayanya sebagai atlet badminton, termasuk di Sukan Olimpik 2004 di Athens dan Kejuaraan Badminton Dunia 2005 di Anaheim.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button