Uncategorized

Bekas MB Perlis, Dr Abdul Hamid Pawanteh meninggal dunia

BEKAS Menteri Besar Perlis keempat, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh meninggal dunia petang ini. Allahyarham Dr Abdul Hamid, 78, pernah menjadi Menteri Besar Perlis selama dua penggal iaitu dari tahun 1986 hingga 1995.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Elham Hamid Abdullah, 76.

Anak Allahyarham, Natasya Pawanteh telah memuat hantaran mengenai perkara ini di akaun Facebook (FB)nya pada lebih kurang pukul 3.50 petang ini.

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa bapa kami, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Hamid Bin Pawanteh telah kembali ke Rahmatullah hari ini 1 Disember 2022, bersamaan 6 Jamadil-Awal 1444 Hijrah, sekitar 3.15 petang tadi.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat esok 2 Disember 2022, bersamaan 7 Jamadil-Awal 1444 Hijrah, di Masjid Negeri di Arau.

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggai dia, dan tempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman.

Amin ya rabbal alamin.

Al-Fatihah.

Salam takziah buat isteri, anak-anak dan keluarga Allahyarham daripada wargakerja SUARA MERDEKA – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button