Nasional

Bekas koresponden Bernama di Jakarta meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Bekas Pengarang Urusan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohamad Nasir Yusoff, meninggal dunia hari ini pada usia 62 tahun.

Anak sulung Allahyarham Nur Nadzmi Nasirah Mohamad Nasir berkata arwah yang menghidap pelbagai penyakit, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.48 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), selepas mengadu kepenatan sejurus mendarat dari Miri, Sarawak.

“Selepas turun daripada pesawat, arwah mengadu berasa mengah dan penat sangat lalu meminta untuk baring. Tidak lama selepas itu arwah dah tak ada (meninggal). Arwah baru pulang beraya di Miri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata jenazah ketika ini berada di Jabatan Forensik Hospital Serdang dan dijangka dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang.

Nasirah yang sedang hamil tujuh minggu, berkata beliau sedikit ralat kerana arwah bapanya yang sangat gembira dengan berita kehamilannya, tidak dapat melihat cucu yang bakal lahir. – Bernama

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button