Mahkamahpilihan

Bekas CEO mengaku tidak bersalah lantik anak jadi pegawai kewangan

Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah jabatan milik syarikat kerajaan negeri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 1, Ayer Keroh Melaka di sini hari ini atas pertuduhan mengggunakan jawatannya dalam membuat keputusan melantik anaknya ke jawatan Pegawai Kewangan W41 tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan.

Tertuduh, Amir Ali, 56, ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Melaka Halal Hub Sdn Bhd, telah menggunakan jawatannya untuk melantik anak perempuannya, Nur Hafizah memegang jawatan Pegawai Kewangan W41.

Bagaimanapun, tertuduh membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 23 ASPRM 2009 yang membawa hukuman penjara selama tempoh melebihi dua puluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan, jika sabit kesalahan.
.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohammad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan jaminan RM7,000 hingga RM15,000 bagi pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili Peguam Azrul Zulkifli Stork memohon wang jaminan dikenakan RM3,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan syarat-syarat tambahan yang dipohon oleh pihak pendakwaan.

Elisabet Paya Wan kemudian menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, pasport tertuduh pula diserahkan ke Mahkamah dan perlu melapor diri di Pejabat SPRM Melaka sebulan sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes tersebut 2 November ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button