Nasional

Bekas CEO bank bergelar datuk direman bagi siasatan rasuah RM24 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank yang bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes penerimaan rasuah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman RM294 juta yang dibuat sebuah syarikat tempatan.

Bekas CEO bank itu direman selama tiga hari  dan merupakan suspek keempat yang ditahan selepas tiga individu, termasuk seorang CEO wanita direman berkaitan kes sama pada 19 Julai lalu.

Memetik BHOnline, Majistret R Prabakaran membenarkan suspek direman bermula hari ini hingga Isnin selepas SPRM mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut laporan BHOnline, bekas CEO itu ditahan di rumahnya di Ipoh, Perak, kira-kira pukul 4 petang semalam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button