Nasional

Bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat Tarawih dibenarkan tahun ini

RAMADAN tahun keadaan kemungkinan akan kembali seperti biasa apabila kerajaan memutuskan Bazar Ramadan dan Aidilfitri serta solat Tarawih akan dibenarkan.

Namun itu perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  SOP ketat itu mesti dipatuhi oleh setiap orang sama ada peniaga mahu pun pengunjung.

Selain itu katanya, lokasi mesti terbuka  dengan laluan masuk dan keluar yang berbeza selain perlu scan MySejahtera.

“Untuk Bazar Ramadan waktu operasi adalah antara pukul 3 petang hingga 8 malam. Untuk Bazar Aidilfitri dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button