Nasional

PKPP di Negeri Sembilan, Perak dan Kedah

TIGA negeri iaitu Negeri Sembilan, Perak dan Kedah bertukar status daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ini ekoran jumlah zon merah di ketiga-tiga negeri itu sudah banyak yang bertukar ke zon hijau.

Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) maka keputusan dibuat untuk menukar status tiga negeri terbabit daripada PKPB kepada PKPP.

“Selepas mendengar keputusan semua pihak, kerajaan mengumumkan untuk menukar status PKPB di Perak, Kedah dan Negeri Sembilan kepada PKPP.” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun katanya, status PKPP di Kedah tidak membabitkan daerah Kuala Muda dan Kulim yang masih berada dalam zon merah dan dikategorikan sebagai PKPB.

Di Negeri Sembilan pula katanya, semua kawasan adalah PKPP kecuali Seremban kerana masih dikategorikan sebagai zon merah.

 

(Visited 565 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button