Politik

Empat lagi Ahli Parlimen PKR ditawarkan untuk sertai PN – Anwar

PRESIDEN PKR Datuk seri Anwar Ibrahim mendakwa empat lagi AHli Parlimen dari partinya telah ditawarkan untuk lompat bagi menyokong Perikatan Nasional.

Katanya, keempat-empat mereka ialah Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya; ,S Kesavan (Sungai Siput), Awang Husaini (Putatan) dan Michael Teo Yu Leong dari Miri.

Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail sebelum ini telah membuat laporan polis bahawa dia telah diberi tawaran untuk bertukar parti.

Anwar mendakwa, keempat-empatnya ditawarkan wang untuk melompat, sambil menambah bahawa ini adalah penyalahgunaan kuasa.

“Walaupun telah memikat tiga atau empat anggota Parlimen kita, mereka masih tidak mempunyai majoriti dan mereka tidak akan mempunyai 106 anggota Parlimen,” katanya semasa sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Dia mengatakan bahawa selain Natrah, yang lain juga diberikan selain ada yang bersama ugutan. – SM

 

(Visited 459 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button