Nasional

Bawal emas berharga RM20,000 untuk Mohd Sabri

IKAN bawal emas seberat 4.88 kilogram membawa tuah kepada Mohd Sabri Mat dari Kelantan apabila ditabalkan juara Cuti-Cuti Malaysia Surfcasting Tour 2024 di Pantai Sepat, Kuantan, semalam.

Beliau menewaskan Naziani Nazir dari Terengganu yang menaikkan ikan pari 1.845 kilogram dan  Sauli Abd Manaf dari Selangor yang menaikkan ikan todak 1.750. kilogram serta  lebih 900 peserta lain dalam pertandingan itu.

Dengan kemenangan itu Mohd Sabri membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.00 manakala Naziani berpuas hati dengan RM4,000.00 dan Sauli membawa pulang RM1,000.00.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Adun Inderapura, Datuuk Seri Syafik Fauzan Sharif. Turut hadir Pegawai Pelancongan Tertinggi Tourism Malayisa Wilayah Timur, Rogayah Mohamad; Pengasas Wakjali Event Management, Md Zali Kasran dan Pengerusi JPKK Pantai Sepat, Adnan Bakar.

“Berbekalkan umpan udang hidup, memang sasaran saya ialah spesis ikan bersisik, tapi alhamdulillah saya berjaya menjinakkan bawal emas ini pada jam 11.35 pagi.

“Ini kemenangan terbesar pernah saya raih sejak aktif menyertai pertandingan memancing beberapa tahun lalu,’’ katanya.

Sementara itu, Md Zali berkata pertandingan kali ini mendapat sabutan menggalakkan berikutan yuran penyertaan yang murah berbanding pertandingan lain.

“Sokongan daripadaTourism Malaysia menerusi program Cuti-Cuti Malaysia mendapat kepercayaan tinggi daripada pemancing.

“Keyakinan bahawa acara ini bakal berlangsung tanpa masalah mendorong pemancing untuk menyertai acara ini dari seluruh negara,’’ katanya.

Sementara itu, beliau berkata satu lagi pertandingan memancing akan daiadakan di lokasi sama pada 30 Jun ini. Pertandingan Shimano Surfcasting itu akan dianjurkan Kelab Sukan Memancing Profesional Bersatu Malaysia (Mupsac). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button