Ekonomi

Bawa pulang motosikal baharu dengan Kempen 111 Motosikal Allianz General

BELI insurans dan bawa pulang sebuah motosikal baharu Honda Wave Alpha dengan Kempen 111 Motosikal anjuran Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General).

Penunggang yang membeli polisi Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif atau Pihak Ketiga) atau Allianz Motorcycle (Komprehensif atau Pihak Ketiga) antara 1 Oktober dan 31 Disember 2021 secara automatik akan berpeluang memenangi sebuah Honda Wave Alpha atau hadiah utama – sebuah Honda CBR250RR yang bernilai RM25,999, pada penghujung kempen*.

Kempen 111 Motosikal akan menampilkan tiga cabutan bertuah, dengan setiap cabutan diadakan pada penghujung setiap bulan – Oktober (20 pemenang), November (20 pemenang), dan Disember (50 pemenang dan seorang pemenang hadiah utama).

Di samping itu, setiap pembelian Polisi Allianz Motorcycle Plus atau Allianz Motorcycle (Perlindungan Komprehensif) melayakkan pelanggan untuk tiga penyertaan, manakala dengan pembelian Polisi Allianz Motorcycle Plus atau Allianz Motorcycle (Perlindungan Pihak Ketiga) melayakkan pelanggan untuk satu penyertaan.

Pelanggan yang tidak memenangi apa-apa ketika cabutan tertentu masih layak untuk bertanding dalam cabutan yang seterusnya sepanjang kempen berlangsung.

“Kami tahu tahun ini adalah amat sukar untuk semua orang, dan dengan semua yang sedang terjadi pada masa ini, kami mahu melakukan sesuatu yang baik untuk penunggang di luar sana,” kata Sazali Abdul Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Jualan Allianz General.

“Kami melihat lebih banyak motosikal di jalan raya sejak pandemik, dan dengan penunggang yang kebanyakkannya tidak dilindungi, fokus kami ialah untuk melakukan apa yang perlu untuk mengubah keadaan itu. Kami menambahbaik Allianz Motorcycle Plus kami dengan menawarkan perlindungan yang ditambahbaik dan juga memperkenalkan bantuan tepi jalan yang percuma.

“Dengan Kempen 111 Motosikal, ia adalah cara yang baik untuk menggembirakan pelanggan,” tambah Sazali.

Perlindungan Allianz Motorcycle Plus oleh Allianz General menawarkan Perlindungan Kemalangan sebanyak RM10,000 (untuk kematian atau kecacatan kekal) dan Pendapatan Hospital sehingga RM6,000 (RM100, sehingga 60 hari) untuk polisi Komprehensif dan Pihak Ketiga tanpa caj tambahan.

Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) juga termasuk perlindungan percuma untuk Perlindungan Jumlah yang Diinsuranskan Penuh Semua Peril Khas (melindungi banjir, tanah runtuh atau apa jua bencana alam) dan bantuan tepi jalan Allianz Road Rangers yang baru dilancarkan untuk semua pemegang polisi motosikal komprehensif (250cc dan kebawah).

Perkhidmatan bantuan tepi jalan* tersebut termasuk bantuan tundaan kecemasan (percuma sehingga 50km, dua hala), penghantaran minyak, bateri, dan perkhidmatan tayar pancit.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button