Nasional
Bas pelancong bawa 41 penumpang langgar treler
Bas persiaran yang membawa 41 penumpang termasuk lima kanak-kanak bertembung dengan sebuah treler di KM295.4 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) dekat Gopeng, hari ini.
Difahamkan, bas yang dinaiki tiga lelaki, 33 wanita, lima kanak-kanak dan seorang pemandu dalam perjalanan dari Melaka ke Kedah dalam kejadian pukul 4 pagi itu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata anggota bomba dari Bomba Gopeng dan Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.03 pagi.
Sebaik tiba, didapati bahagian hadapan bas berkenaan remuk dipercayai merempuh belakang sebuah lori, katanya.