Bapa tinggal tangka rupanya ditinggalkan isteri baru warga asing
SEJAK semalam, tular penemuan rangka seorang lelaki berusia 70-an di Kepong yang didapati meninggal dunia secara bersendirian, sehingga ada yang menyalahkan anak-anak Allahyarham kerana tidak bertanggungjawab terhadap bapanya itu.
Namun, perkongsian daripada peguam Tuan Amer di aplikasi X menjelaskan bahawa keluarga terbabit dikatakan mengalami konflik selepas si bapa mengambil keputusan untuk bersama seorang wanita asing.
Sebelum ini, anak-anak telah berusaha menjejaki ayah mereka yang menjauhkan diri namun gagal ditemui dan menyangka bahawa beliau telah meraih kebahagiaan.
Namun, malangnya, isteri baru kepada Allahyarham telah mengikis segala duit sebelum melarikan diri ke negara asalnya.
Setiap kali anak-anak hadir ke rumah tersebut, mereka langsung tidak mengetahui hal sebenar dan beranggapan mungkin bapa mereka pergi ke Indonesia untuk mencari isterinya.
Akhirnya, mereka tekad untuk memecahkan pintu lantas melihat keadaan ayah mereka yang menyayat hati. Penemuan rangka tersebut masih dalam proses siasatan pihak berkuasa.
Artikle Berkaitan :>
Rupanya ramai wanita Kelantan kahwin kontrak dengan warga asing