Luar Negara

Tidak mampu tahan nafsu, tujuh kali bapa nodai anak kandung

SEORANG bapa membuat pengakuan bahawa dia terkhilaf menodai anak kandung sendiri sebanyak tujuh kali kerana tidak mampu menahan nafsu.

Mangsa berusia 15 tahun dinodai bapa kandung itu dalam kejadian di Kabupaten Lampung Tengah, Lampung, Indonesia.

Memetik laporan TribuneNews, suspek mengakui terdorong menodai anaknya kerana tidak mampu menahan nafsunya setiap kali melihat anaknya tidur.

“Saya khilaf, tidak dapat menahan setiap kali lihat anak saya tidur. Tiba-tiba saja saya terpikir melakukan itu kepada anak saya,” terang suspek kepada polis.

Perbuatan suspek itu dilakukan pada waktu siang dan malam.

Setiap kali menodai anaknya, suspek mengancam supaya tidak memberitahukan perbuatan terkutuk itu  kepada orang lain.

Perbuatan keji itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada neneknya dan seterusnya melaporkan kepada polis.

Dalam keterangan kepada polis, nenek mangsa berkata, cucunya diancam akan disiksa atau dipukul kalau perkara itu dilaporkan kepada orang lain.

“Cucu saya ketakutan sehingga melapor kepada saya.

“Saya tidak mahu cucu saya tertekan dan ketakutan dan masa depannya hancur karena perbuatan bapaknya sendiri. Untuk itu perbuatan tersebut saya lapor ke pihak polis,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button