Hiburan

Bapa Ayda Jebat diserang strok dalam proses pemulihan

BAPA kepada penyanyi Ayda Jebat diserang strok dan kini dikatakan sedang proses pemulihan selepas dirawat di sebuah hospital.

Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi tersebut mengenai keadaan terkini bapanya itu.

Katanya, dia dan keluarga akan cuba yang terbaik bagi membantu proses pemulihan ayahnya yang kini sudah keluar daripada hospital.

“Dia dah boleh makan, sebelum ini dia hanya minum susu. sekarang dah pulang ke rumah dan kami dah susun jadual untuk pergi physio, accupunture untuk pulihkan ayah.
“Kalau ikut cakap doktor kalau nak pulih itu makan banyak masa juga dan disiplin juga jadi saya dan kelaurga cuba yang terbaik untuk bantu ayah saya.
“Kalau tak boleh pulih sepenuhnya kalau dah boleh duduk atas kerusi roda pun dah bernasib baik, tapi kami akan cuba yang terbaik lah untuk ayah,” katanya.

Related Articles
PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button