Nasional
Bantuan BPR masuk ke akaun penerima mulai hari ini
SEMUA penerima Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR, akan menerima bayaran bermula hari ini.
Bayaran tersebut akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima.
Pembayaran itu akan dilakukan secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September ini.
BPR akan memberi manfaat kepada 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan, membabitkan peruntukan RM2.82 bilion. – SM