Hiburan

Bapa aktor Ashraf Muslim meninggal dunia

SALAM takziah buat pelakon Ashraf Muslim. Ayahnya, Haji Muslim Bulat telah pulang kerahmatullah pada pukul 6.37 pagi tadi.

Ashraf menyampaikan khabar duka itu menerusi hantaran terbaharunya dalam akaun media sosial, Instagram (IG).

Menurut catatan Ashraf, ayahnya meninggal dunia dalam keadaan tenang, meninggalkan beliau dan adik beradik yang lain dan mereka reda dengan pulangnya ayahanda tercinta ke pangkuan Ilahi.

“Assalamualaikum semua. Hari ini, hari yang paling sedih. Ayah sudah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang.

“Mungkin itu yang terbaik buat ayah sebab Allah lebih sayangkan ayah. Saya sebagai anak yang sulung, ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup.


“Kalau ada hutang-hutang atau perkara yang masih belum diselesaikan, boleh hubungi saya. Insya-Allah, sama-sama kita doakan semoga ayah ditempatkan di tempat yang istimewa di alam barunya bersama mereka yang beriman. Insya-Allah,” tulis Ashraf di IGnya.

Pada 20 September lalu, Ashraf ada memaklumkan bahawa ayahnya dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19 dan disahkan berada dalam kategori 5b.

Terdahulu, pada April lalu, Ashraf juga pernah dijangkiti Covid-19 dan telah sembuh selepas menerima rawatan. – SM

(Visited 32 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button