Ekonomi

Bank Rakyat rai pemenang kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i

KUALA LUMPUR 18 Dis – Bank Rakyat hari ini meraikan pemenang Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i yang berlangsung dari 1 September hingga 30 November 2024 lalu yang mana seramai 73 orang pemenang bertuah memenangi hadiah keseluruhan bernilai lebih RM400,000.

Pemenang hadiah utama, Norayati Johari yang berasal dari Johor memenangi sebuah kereta elektrik BYD Atto 3, manakala tempat kedua dimenangi oleh Syahida Zakaria dari Perak yang membawa pulang sebuah motosikal BMW CE 04.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Nuzatul Shima Lahudi dari Sabah yang memenangi baucar menunaikan umrah atau percutian bernilai RM20,000 untuk dua orang. Hadiah istimewa lain yang turut diumumkan termasuk iPhone, motosikal Modenas, iPad, wafer emas 5 gram serta Akaun Pelaburan-i Rizq Plus bernilai RM1,000 kepada 70 pemenang di seluruh negara.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff dalam ucapannya semasa Majlis Penyampaian Hadiah di Menara Kembar Bank Rakyat berkata, “Kempen ini diadakan bagi menghargai sokongan dan kesetiaan pelanggan sepanjang 70 tahun penubuhan Bank Rakyat di samping menawarkan pelbagai hadiah menarik melalui konsep ‘Langgan dan Menang’.

“Sambutan amat menggalakkan terhadap Fasa Pertama kempen ini menunjukkan kepercayaan tinggi pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kami.

Kami akan terus menawarkan lebih banyak ganjaran dan manfaat seperti kadar pembiayaan yang kompetitif, pulangan tinggi dan peluang memenangi hadiah eksklusif bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan,” ujar beliau.

Tambah Ahmad Shahril, susulan sambutan luar biasa tersebut, Bank Rakyat melanjutkan kempen ini bermula 1 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025 sempena sambutan tahun baharu, agar lebih ramai lagi pelanggan setia Bank Rakyat dapat menyertai kempen ini dan memenangi hadiah istimewa yang ditawarkan.

“Selain itu, Bank Rakyat juga sedang menjalankan pencarian jutawan Akaun Pelaburani Rizq Plus yang mana cabutan akan dilakukan pada Januari 2025.

Justeru, saya menyeru orang ramai untuk merebut peluang bergelar jutawan menerusi produk Akaun Pelaburan-i Rizq Plus Bank Rakyat dengan mengekalkan baki purata bulanan dalam akaun tersebut sebanyak RM5,000 pada 31 Disember 2024,” katanya.

Di samping itu, Bank Rakyat turut bakal menganjurkan ‘Muslimah Fest 2024’, bermula 20 hingga 22 Disember 2024 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur yang mana seramai 15,000 orang pengunjung dijangka hadir.

Festival ini akan bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam melibatkan 70 jenama fesyen muslimah terkemuka. Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir bagi memeriahkan festival ini lebih-lebih lagi yang merancang untuk membuat persiapan Ramadan serta Aidilfitri dengan lebih awal tahun hadapan.

GALERI FOTO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button