Ekonomi

Bank Pertama akan mengadakan kempen 2.0 untuk ringankan kewangan pelanggan

KOPERASI Co-op bank Pertama sentiasa komited melaksanakan inisiatif bersepadu serta mempelbagaikan pendekatan mesra pelanggan untuk membantu pelanggan-pelanggan yang menghadapi kesulitan kewangan. Antaranya ialah mengadakan kempen-kempen yang akan memberi manfaat istimewa kepada pelanggan CBP.

Pada tahun ini, CBP tampil bagi meneruskan inisiatif Kempen PULIH yang mula diperkenalkan pada tahun 2023. Kempen Pemulihan Kewangan Pelanggan CBP (PULIH 2.0) menyasarkan pelanggan-pelanggan CBP yang menghadapi masalah pengurangan pendapatan bulanan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan
asal untuk mengambil peluang yang ditawarkan.

Kempen PULIH 2.0 yang memfokuskan kepada pelanggan pembiayaan peribadi ini bermula 1 Jun 2024 sehingga 31 Disember 2024 merupakan inisiatif yang dirangka oleh CBP sebagai tanda keprihatinan kepada para pelanggan serta langkah bagi mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi oleh pelanggan dengan hanya
membayar separuh (50%) daripada ansuran asal pembiayaan selama 3 tahun (36
bulan) sekiranya permohonan diluluskan.

Antara kriteria pelanggan CBP yang layak untuk memohon Kempen PULIH 2.0 adalah bukan seorang yang muflis / bankrap, tidak berkemampuan untuk mengurus hutang, pendapatan terjejas, mesti mempunyai pendapatan bersih yang positif (bekerja / berhenti kerja dan mempunyai baki bersih positif) serta tidak memperolehi award
tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) / penghakiman saman sivil.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar dalam satu kenyataan berkata, Kempen PULIH 2.0 diteruskan lagi pada tahun ini sebagai satu inisiatif dalam membantu para pelanggan menguasai situasi kewangan dan merangka pelan pembayaran semula pembiayaan secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan pelanggan.

”Kempen PULIH 2.0 yang diteruskan pada tahun ini ditambahbaik dengan menurunkan peratus pengurangan pendapatan pelanggan daripada 25% pada tahun 2023 kepada 10% bagi tahun ini,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

CBP berharap dengan inisiatif yang dirangka ini dapat membantu serta meningkatkan kesedaran kepada para pelanggan dalam menguruskan kewangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen PULIH 2.0, pelanggan yang berminat boleh menghubungi Recovery Department CBP di talian 03-41442750 / 03-41442650 / 03-41442450.

Artikle Berkaitan ;>

CBP rasmi pembukaan cawangan di Jerteh

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button