BanjirNasional

Banjir tagih 27 nyawa, Selangor paling tinggi

BANJIR besar yang melanda sejak Sabtu lagi yang melanda negaa telah menagih 27 nyawa, satu jumlah yang tinggi berbanding banjir yang berlaku pada tahun 2014.

Daripada jumlah itu, 20  adalah korban banjir di Selangor manakala tujuh lagi dari Pahang.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, sehingga petang Selasa sebanyak 20 individu dikenal pasti menjadi korban banjir di negeri itu.

Selain di Seksyen 25 Taman Sri Muda Shah Alam, mayat mangsa banjir turut ditemui di Kajang, Sungai Buloh dan terbaharu di Klang.

Di kawasan yang paling teruk dilanda banjir di Selangor iaitu Seksyen 25 Taman Sri Muda, sebanyak sembilan mayat dijumpai oleh pasukan penyelamat sejak Sabtu lepas sehingga awal pagi ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button