Berita

Spritzer edar air minuman kepada mangsa-mangsa banjir

 

Pengeluar air mineral, Spritzer menghulur bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir dengan mengedar air minuman ke pusat-pusat perpindahan sementara.

Berikutan kecemasan tersebut, Syarikat segera membuat persiapan untuk mengedarkan air mineral menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ke pusat-pusat pemindahan banjir terpilih di seluruh negara.

“Air botol mineral Spritzer bernilai lebih daripada RM50,000 kini dibawa kepada mangsa banjir dan petugas penyelamat di kawasan-kawasan terjejas, di mana mangsa tidak mempunyai akses kepada air bersih yang penting untuk menyahidrasi dan memastikan kebersihan setiap masa,” kata Spritzer dalam kenyataannya di sini hari ini.

Berikutan kecemasan tersebut, Syarikat segera membuat persiapan untuk mengedarkan air mineral menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ke pusat-pusat pemindahan banjir terpilih di seluruh negara.

Spritzer prihatin terhadap kesengsaraan penduduk yang terjejas akibat bencana banjir di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia sejak 72 jam yang lalu dan bersedia menghulurkan bantuan kepada komuniti yang terjejas.

Menurut laporan, terdapat lebih 22,000 orang dipindahkan di seluruh Semenanjung Malaysia pada Ahad ketika negara berdepan bencana banjir terburuk sejak beberapa lama disebabkan hujan lebat berhari-hari lamanya.

Spritzer menyeru semua lapisan masyarakat supaya berwaspada dengan air yang tercemar dan mengelak meminum air dari sumber yang tidak diketahui. Orang ramai digalakkan supaya memasak air pili sebelum digunakan untuk meminum, memberus gigi dan sebagainya.

“Jangan menggunakan air yang kurang jernih atau air yang berbau, dan mengelakkan air yang tercemar terkena pada kulit dan mata,” kata Spritzer lagi.

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button