Banjir: Pelawak mohon maaf ciapan persoal tentera
Pelawak dan juga hos televisyen Harith Iskander meminta maaf sekiranya ciapannya di Twitter berkaitan dakwaan tidak nampak ketidakhadiran tentera di kawasan banjir menyinggung perasaaan.
Katanya, ciapannya itu berdasarkan pemerhatian ketika beliau sendiri turun selama empat hari empat malam membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan.
“Minta maaf kalau tweet menyinggung perasaan. Untuk penjelasan ini waktu saya berada di “ground zero” dengan bot sendiri sempat menyelamat 12 org yg terperangkap.
“Bomba, Polis, NADMA ada. Dengan iklhas saya tanya pasal ATM sebab pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan.
“Dec 19: Kg Baru HiCom 10pm to 4am; Dec 20: Banting 5pm to 10pm; Dec 20: Tmn Sri Muda 11pm to 7am; Dec 21: Tmn Sri Muda 9pm to 2am; Dec 22: Hulu Langat 2pm to 8pm; Dec 23: Kg Baru Karak 2pm to 8pm. Sorry tak jumpa, maybe you pergi siang, kot? Siang saya kerja,” kata Harith mempertahankan dirinya di Twitter.
Kenyataan Harith di media sosial semalam yang mempersoalkan peranan Angkatan tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mangsa banjir menerima pelbagai reaksi termasuk maklum balas dari pihak tentera.
Di Facebook Harith, ATM memaparkan beberapa gambar menunjukkan pihak tentera berada di semua lokasi banjir.
“Tentera Darat Malaysia tidak terkecuali dalam berganding bahu bersama-sama dengan pelbagai agensi bagi membantu mangsa bencana banjir.
“Antaranya adalah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi (JPBM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM),” kata ATM.
Harith turut dikritik oleh pengikutnya di Twitter.
“Are you blind ? Sorry … I watch Astro Awani and during OCPD briefing yesterday; I read the whiteboard behind him. ATM – 13 Boats, 1 4X4, 15 Trucks at Sri Muda; May be you are talking about Shah Alam parliment since Sri Muda in Kota Raja or did you talk from tinted studio?” tanya Mohd Halmy Md. Yusoff.
“Ko tu yang buta.. Semua turun la oiii. Bukan ATM sahaja, malah bomba, JPM, PDRM semua ada. Lain kali tengok la page-page dan portal-portal yang membina minda.. Bukannya hiburan semata-mata,” sanggah Rinny Ryn.-SM