Hiburan

Banjir di Pahang, Siti Nurhaliza risau keadaan keluarga di kampung

BEBERAPA video tular dan berita mengenai cuaca hujan yang berpanjangan di Pahang membuatkan ramai risau dan simpati dengan keadaaan penduduk di sana.

Kerisauan sama juga diluahkan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza apatah lagi ibu dan ahli keluarganya yang lain kini berada di Kuala Lipis, Pahang.

“Membaca berita, melihat paparan gambar dan video banjir di sana sini, jalan rosak, rumah dan bangunan tenggelam, banyak kemusnahan, kenderaan juga terkandas.

“Ada yang berlapar, tidak dapat meneruskan perjalanan serta tidak dapat bergerak ke mana-mana, keadaan banjir dan air naik dengan cepat, begitu membimbangkan,” katanya.

Menurut Siti, dia meminta semua peminatnya supaya terus berdoa supaya semuanya dapat mengharungi ujian yang sedang melanda.

“Semoga hujan semakin reda, air juga akan cepat surut dan anda yang dalam perjalanan, dapat sampai ke destinasi dengan selamat.

“Semoga ibu, keluarga, orang kampung saya di Kuala Lipis, Pahang juga dalam keadaan yang baik dan dilindungi Allah untuk kita semua walau di mana saja kita berada,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button