Belang Bertempat

Bangsa Melayu Dijangka Akan Terhapus Dalam Tempoh Masa 30 Tahun?

Yang tinggal dekat Tanah Melayu ketika ini cuma saki-baki orang-orang Melayu yang pandai berfikir, ada sekelumit jati diri dan masih sayangkan bangsa Melayu.

Itu pun sudah dewasa dan beberapa puluh tahun lagi akan jati tua dan mati. Selebihnya, diganti pula dengan generasi moden yang jelas berdepan dengan akhir zaman.

Tak payah sembang nak tunggu dajjal keluar secara realiti, sudah banyak orang Melayu boleh dihanyutkan dengan hal keduniaan mengikut acuan ‘lubang biawak’.

Contoh paling utama, ahli politik. Tawarkan sahaja kedudukan, wang dan wanita, semua boleh adjust untuk tekak sendiri sampaikan rakyat menderita.

Rakyat menderita pula cuma reti menulis di Facebook, bukannya membentuk satu suara dan mesej yang jelas mahu akan keadilan dan kebenaran.

Related Articles

Seterusnya ulama syiah dan wahabi yang hanya minoriti tetapi jauh lebih popular daripada ulama ahli sunnah wal jamaah sekali gus Islam berjaya direndahkan.

Apatah lagi dengan stesen TV yang menolak proposal daripada pihak produksi untuk membuat drama atau filem yang berelemenkan warisan dan budaya Melayu.

Kesannya orang Melayu muda dah lali dan jadi tak kisah, apa nak jadi-jadilah. Kalau pertahankan pun, kuku besi dan jerung di atas tetap mengawal.

Kenapa? Kerana Melayu ini nama sahaja tuan tanah tetapi miskin dan telur selalu kecut dengan generasi bangsa pendatang yang melampau.

Kononnya menjaga sensitiviti orang ramai. Sensitiviti orang Melayu di mana? Lubang jamban? Logi najis? Apa hina sangat jadi Melayu di mata orang Melayu sendiri?

Jangan sampai suatu masa nanti wujud papan tanda ‘Orang Melayu Dan Babi’ dilarang masuk ke bangunan kerajaan, adakah kita masih tersenyum?

Biarlah orang lain nak cakap penulis adalah rasis namun inilah yang perlu kita buat sebab mempertahankan Melayu adalah mempertahankan Islam.

Kalau Melayu pun tak boleh dipertahankan, baik buang sahaja gelaran Melayu dan jadilah bangsa pelarian yang menyesal tak bernegara kerana lembik untuk bangkit!

Kredit: Mehmod Supyan

P/s : Artikel di atas tidak menggambarkan pendirian Suara Merdeka dan Suara Merdeka tidak bertanggungjawab atas komentar yang negatif.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button