Pencemaran

Bangkai ikan dibuang nelayan buat penduduk di Telok Gong gempar

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 28 Mac – Penduduk di sekitar Telok Gong, Masjid Tanah dekat sini sebelum ini gempar ekoran penemuan
ratusan bangkai ikan Tamban Pias terdampar di pantai Sungai Tuang sepanjang 1.3 kilometer, petang semalam.

Penemuan bangkai ikan itu bermula dari Kompleks Perahu Layar sehingga ke muara Sungai Tuang yang turut
menimbulkan bau busuk.

Menjangkakan penemuan bangkai ikan bersaiz lima inci itu berpunca daripada pencemaran air laut tetapi
sebaliknya hasil siasatan ia berpunca daripada tindakan segelintir nelayan membuat spesis yang tidak
mempunyai nilai pasaran.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dalam satu sidang akhbar di
Seri Negeri hari ini mengesahkan penemuan bangkai ikan itu dibuang oleh segelintir nelayan.

Tegasnya, hasil sampel bangkai ikan itu telah dihantar ke Unit Biosekuriti Perikanan, Jabatan Perikanan
bagi pemerhatian oleh Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Batu Maung, Pulau Pinang.

Menurutnya, hasil ujian makmal mendapati tiada sebarang faktor pencemaran ditemui yang menyebabkan ratusan
ikan tersebut mati terdampar di kawasan pantai berkenaan.

“Unit Biosekuriti Perikanan telah pergi ke tempat kejadian untuk mengambil sampel bangkai ikan dan hanya
satu spesis sahaja ditemui iaitu Tamban Pias iaitu nama yang sering dipanggil oleh penduduk tempatan di
situ.

“Ini menunjukkan tiada kemungkinan berlaku pencemaran sebaliknya ia adalah tindakan segelintir nelayan
membuang ikan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu hasil laporan daripada Jabatan Perikanan mendapati tiada tanda-tanda tumpahan minyak ditemui
di sepanjang pantai dan keadaan air laut pula adalah normal.

Dipercayai ikan tersebut dibuang oleh nelayan atau orang luar yang memasang pukat hanyut atau pekap di
sepanjang pantai berhampiran.

Ikan itu dikatakan tidak mempunyai nilai komersial untuk pasaran disebabkan sifat semulajadi spesis itu
mempunyai bau yang hanyir, rasa yang tawar dan mempunyai banyak tulang.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button