Nasional

Baju Raya Set Family Pakej Bini Dua Undang Fobia Hati Wanita

Dalam usaha melariskan sesuatu jualan, tidak salah untuk tampil kreatif namun biarlah berpada-pada.

Baru-baru ini, tular sekeping foto yang menunjukkan adalah penjual baju raya mempromosikan poligami.

Caranya cukup halus iaitu menjual baju raya set family pakej bini dua dan ditujukan kepada lelaki atau suami.

Namun dalam hal ini, emosi wanita dan isteri terganggu sekali gus mengubah mood suasana yang ceria.

Si penjual baju raya mungkin seseorang yang masih bujang atau sudah berkahwin beberapa kali.

Atau memang jenis lelaki yang sudah berkahwin empat dan bangga untuk mempromosikannya?

Tiada sesiapa yang tahu kecuali orang-orang yang terdekat namun demikian, promosi ini sudah berjaya.

Bukan sekadar berjaya meraih perhatian lelaki memasang hajat nakal malah berjaya mengguriskan hati wanita.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button