Nasional

Bajet 2024 memperkasakan ekonomi rakyat

KADAR pengangguran di negara ini berada pada 3.4 peratus setakat Ogos, terendah dan paling hampir dengan prestasi pra-Covid.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2024 berkata, ia merupakan salah satu indikator bahawa Malaysia berada di landasan yang betul dalam pemulihan ekonominya.

“Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan pelabur asing. Bagi separuh pertama 2023, kami telah menarik pelaburan berjumlah RM132.6 atau lebih 60 peratus daripada unjuran tahun ini.

“Bajet 2024 atau belanjawan Madani kedua menunjukkan komitmen kerajaan perpaduan dalam memperkasakan ekonomi rakyat,” katanya. -SM

Baca : 10 kakitangan UPSI dalami strategi pengajaran di University of Pennsylvania

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button