Nasionalpilihan

BAJET 2023: KPLB mohon peruntukan untuk wujudkan Kelas Pintar Tabika KEMAS

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memohon peruntukan menerusi Bajet 2023 bagi menjadikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sebagai kelas pintar.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB merancang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 11 ribu buah Tabika KEMAS dilengkapi peralatan digital.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan KEMAS Semenanjung Malaysia (KESATERIA) Ke-2 di Putrajaya hari ini. Foto: UKK KPLB

“Insya Allah kita fight juga bajet (Bajet 2023) untuk KEMAS  bagi memulakan sekolah di bilik KEMAS ini dengan dipanggil ‘smart classroom’ dengan sekurang-kurangnya dimulakan dengan 800 kelas pintar”.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan KEMAS Semenanjung Malaysia (KESATERIA) Ke-2 di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah KEMAS, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi dan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan KEMAS Semenanjung Malaysia (KESATERIA) Ke-2 di Putrajaya hari ini. Foto: UKK KPLB

Jelas Mahdzir, elemen pendigitalan  dalam pendidikan awal kanak-kanak amat penting ketika ini dan tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada cara pengajaran lama.

Mesyuarat Agung KESATERIA yang diadakan setiap tiga tahun sekali itu dihadiri lebih 300 perwakilan dan pemerhati dari 12 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. – SM

Artikel berkaitan > Mahdzir, KPLB bela nasib usahawan desa

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button