Politik

Bagi PH bentuk kerajaan yang stabil – Mahfuz

PAKATAN Harapan (PH) perlu dibenarkan membentuk kerajaan perpaduan dengan menjemput lain-lain parti ke dalam pakatan baharu.

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, partinya menolak cadangan pilihan raya umum awal sebaliknya perlu ditubuhkan kerajaan yang stabil untuk menyelesaikan masalah negara termasuk Covid-19.

Memetik laporan Sinar Harian, katanya, kerajaan yang diketuai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah gagal dan hilang sokongan seperti yang yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen UMNO, Ahmad Jazlan Yaakud yang mengumumkan tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengumuman Jazlan itu menjejaskan kedudukan majoriti PN di Parlimen.

“Tidak ada cara lain untuk menyelesaukan krisis politik ini melainkan Muhyiddin meletak jawatan,” kaya Mahfuz.

Peletakan jawatan oleh Muhyiddin membolehkan Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri baharu daripada kalangan Ahli Parlimen berdasarkan seperti yang diumumkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kerajaan perpaduan perlu membawa parti untuk memastikan kerajaan lebih stabil bukan dengan majoriti satu atau dua undi,” kata Mahfuz.

Kesahan Muhyiddin sebagai perdana menteri telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak hadir ketikia pengundian untuk meluluskan Belanjawan 2021.

Malah, lebih dua pertiga daripada bahagian UMNO yang bermesyuat dari 1 hingga 3 Januari lalu turut membawa usul menolak kerjasama dengan Bersatu.

Pada bulan lalu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pembangkang perlu membentuk pakatan besar jika mahu menang dalam pilihan raya umum akan datang.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button