MENGEJUTKAN apabila para pengunjung ditemukan mayat seorang lelaki yang semakin membusuk dalam sebuah kereta jenis perodua Bezza yang diparking berhampiran kawasan karnival pada pagi semalam.
Berita yang mengejutkan itu dikongsi oleh salah seorang yang menyewa tapak di situ, mayat mangsa dikatakan sudah meninggal dunia empat hari lalu.
https://twitter.com/ciraplaici/status/1738911912455479579?s=46&t=MVl_gnN6P5x8HJEhWkVNbw
‘’Ada bau busuk, ingatkan najis haiwan je. Tapi dari jauh dah bau ye’’
‘’Lepas tu ada orang Nampak lelaki terbaring dalam kereta dan kembung macam belon. Ada copy ic depan kereta dia,’’ Katanya menerusi video yang tular di media sosial.
Turut ditemui dalam kereta terdapat satu nota dipercayai ditinggalkan mangsa yang meminta orang ramai menghubungi ahli keluarga.
‘’Tolong hubungi abang atau kakak saya,’’ tulisnya pada nota berkenaan.
Namun sehingga kini masih belum keluar kenyataan rasmi dari pihak berkuasa.
Artikle Berkaitan :>
Peniaga wanita berhadapan tuduhan bunuh rakan kongsi wanita warga emas