Hiburan

Baby Ayash tak banyak perangai, mudah jaga – Shuib

Perangai Ayash macam arwah ibunya, Siti Sarah

AYASH Affan dibenarkan dibawa pulang ke rumah semalam oleh ayahnya, Shuib namun yang menyambut kepulangan bayi kecil ini ialah abang-abang dan kakaknya.

Segalanya sudah tertulis dan Allah SWT telah merancang yang terbaik buat keluarga allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin ini.

Belaian dan dodoian ayah menggantikan sentuhan kasih ibunya dan kakak serta abang-abangnya turut menjaga adik bongsu yang baharu berusia dua bulan.

Inilah amanah yang ditinggalkan oleh allahyarhamah Sarah buat suaminya dan anak-anaknya.

Kata Shuib, menjaga Ayash amat mudah, tidak banyak perangai. Ayash sihat dan kalau menangis pun, kadang-kadang.

Kata Shuib lagi, kalau Ayash menangis, dibiarkan sekejap kerana tangisan bayinya itu menjadi lunak di halwa telinganya.

“Nangis pun kadang-kadang aje tetapi bila menangis, biarkan lama sikit sebab suara Ayash menangis sedap didengar,” kata Shuib dalam catatannya di laman Instagramnya.

Mohon Shuib pada Allah agar Ayash terus sihat dan menjadi anak yang soleh.

Dua abang Ayash iaitu Uwais dan Matin serta kakaknya, Dekta membantu ayah menjaga baby Ayash.

Kasih sayang kakak dan dua orang abangnya biarlah berkekalan sehingga anak-anak ini dewasa dan menjalani kehidupan mereka.

Kata Shuib, Dekta tidur pukul 1 pagi kerana bergilir-gilir dengannya menjaga baby Ayash dan sebagai kakak, Dekta memberitahu ayahnya, dia mahu belajar cara-cara membuat susu untuk adik bongsunya itu.

Subhanallah…. Seorang kakak yang prihatin walaupun usianya kecil tetapi yang penting, keluarga ini cekal dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button