Gajet

B40 pening mahu pilih Samsung Galaxy S23 atau Vivo X90 Pro

Segelintir anggota masyarakat yang tergolong dalam kumpulan B40 mengakui agak pening kepala apabila mahu memilih Samsung Galaxy 23 atau Vivo X90 Pro sebagai gajet terbaharu.

Hal ini demikian kerana memakai gajet yang dibeli enam bulan lalu sudah boleh dianggap ketinggalan dan kegagalan memiliki gajet terbaharu ibarat satu ‘dosa yang cukup besar’.

Perkara ini menjadi trend paling karut yang dipraktikkan oleh syarikat pengeluar alat telekomunikasi yang terus menjadi raja dalam memanipulasi pengguna sepanjang masa.

Dengan pujukan berbaur ‘dapatkan gajet terkini demi keperluan dunia’, ia menjadi satu beban jika anggota masyarakat yang tergolong dalam kumpulan B40 gagal mengikuti ‘arus zaman’.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button