B. Sathianathan dipecat ekoran prestasi semasa Selangor
PERSATUAN Bola Sepak Selangor mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Ketua Jurulatih pasukan itu, B. Satiananthan secara serta merta.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan itu, keputusan tersebut diambil selepas membuat penilaian dan mengambil kira semua aspek prestasi semasa.
“Berikutan itu, tugas Ketua Jurulati akan dipangku oleh Pengarah Teknikal kelab iaitu Micheal Feichtenbeiner sehingga Ketua Jurulatih yang baharu diumumkan.
“FA Selangor juga ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada B. Satiananthan atas khidmatnya membawa pasukan Selangor ke tempat ke tiga dalam saingan Unifi Liga Super 2019 serta mara ke peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia musim lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perlawanan terakhir B. Sathiananthan bersama Selangor adalah pada Sabtu lalu ketika pasukannya kalah besar 6-1 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT).
Sathiananthan juga sebelum ini memberitahu yang dia telah dipecat selepas satu pertemuan dengan pengurusan tertinggi pasukan bola sepak itu.
“Ya, saya bukan meletak jawatan tetapi saya dipecat,” katanya. -SM