Politik

Azmin selesa ‘duduk’ sebelah Pas, UMNO berbanding Anwar

AHLI Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencadangkan agar Ahli Parlimen Port Dikcson Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr. Dr. Mahathir Mohamad agar berehat daripada politik.
Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, perseteruan dan perebutan jawatan membabitkan pemimpin terbabit  membuatkan dirinya serta rakyat Malaysia sudah berasa bosan kerana diheret sama ke dalam kancah yang berlarutan selama lebih 20 tahun itu.
Justeru menurut Azmin, beliau lebih selesa dengan keadaannya sekarang iaitu bekerjasama dengan UMNO dan Pas berbanding ‘duduk’ dengan Anwar.
“Soalan yang sering ditanya kepada saya, apakah saudara selesa duduk dengan Pas dan UMNO? Saya jawab mudah saja,`saya lebih yakin duduk di sebelah Pas dan UMNO daripada duduk dengan Anwar Ibrahim.
“Saya bukan kenal dia satu hari (atau) dua hari, berpuluh tahun (saya kenal), sudah-sudahlah.
“Rakyat menderita di bawah, rakyat susah di bawah, hari-hari dia (Anwar) tanya bila aku nak jadi perdana menteri.
“Yang si Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) kata tunggulah bagilah aku enam bulan lagi, (Anwar) tak (setuju), (minta) tetapkan tarikh.
“Tuan-tuan, 20 tahun kami bincang siapa nak jadi perdana menteri, cukuplah tak ada kerja lain. Saya ingat dua-dua ni rehat, serahkan kepimpinan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Mohamed Azmin.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Makan Malam Penggerak Komuniti Negara Kedah di Alor Setar, pada Sabtu.
Pada 21 Ogos lalu Azmin dan beberapa bekas pemimpin PKR menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Mohamed Azmin ketika mengumumkan keputusan itu berkata, ahli Penggerak Komuniti Negara akan sentiasa menjadi benteng dan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) itu turut berkata, pasukannya bersedia ditempatkan di 222 kerusi Parlimen dan lebih 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tindakan Azmin beberapa ahli Parlimen PKR keluar daripada parti pada Februari lalu menyebabkan kedudukan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan goyah dan tumbang.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button