Hiburan

Azlan Typewriter patah kaki, buku lali

Kejadian berlaku ketika mendaki Sungai Batangsi

KATA orang tua-tua, malang tak berbau. Memanglah kalau sesuatu perkara itu nak berlaku, ia akan berlaku juga. Itulah yang dilalui oleh penyanyi Azlan apabila dia patah kaki kiri dan buku lalinya.

Berbalut dengan simen, Azlan dikatakan mendaki Sungai Batangsi, Semenyih ketika kejadian malang itu menimpa dirinya.

Selain berkongsi di media sosial Instagram (IG) Azlan, memetik laporan Gempak, Azlan berkata, dia tergelincir ketika hendak menuruni cerun menuju ke sebatang sungai.

Pada ketika itu, keadaan tanah licin dan ketika jatuh, kata Azlan lagi, kakinya terhentak pada seketul batu.

“Saya pergi mendaki kira-kira pukul 9 pagi dan semasa nak turun tu, kami nampak sungai. Kawasannya sangat cantik.

“Masa itu sudah tengah hari dan semasa saya nak turun itulah, saya tergelincir sebab tanah licin dan tergolek ke bawah cerun,” cerita Azlan.

Sambungnya lagi, “yang saya ingat, kaki terhentak pada batu dan dengar bunyi tulang patah. Ketika itu, dalam hati saya dah agak, lagi-lagi apabila saya tengok kaki sudah terkulai.”

Bagaimanapun Azlan bersyukur kerana tidak berseorangan ketika kejadian menimpa dirinya dan dibantu oleh rakan-rakan untuk naik ke tempat yang lebih selamat.

“Mujur ada kawan-kawan. Mereka bantu saya naik dalam keadaan kaki terkulai. Kami terus ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.

“Kata doktor, bahagian buku lali dan tulang di belakang kaki kiri, patah dan perlu menjalani pembedahan tetapi saya diberi pilihan untuk tidak melakukan prosedur pembedahan kerana tulang akan bercantum sendiri.

“Apapun saya anggap segala yang terjadi adalah satu dugaan. Benda dah nak jadikan, Cuma sekarang saya akan berehat dan fokus untuk sembuh,” ujar beliau.

Kata Azlan lagi, soal kerja, beliau akan teruskan dengan mana-mana yang sudah dipersetujui sebelum ini.

Dalam pada itu, Azlan turut menasihati kaki ‘hiking’ supaya berhati-hati jika mendaki pada musim hujan.

Katanya, hati-hati kalau mendaki musim sekarang ni. Malang tidak berbau. Kalau boleh, tak payahlah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button