Nasionalpilihan

Azizulhasni, Qobin sumbang katil ceragem untuk Rumah Ronald McDonald

DUA jaguh sukan negara, Datuk Azizul Hasni Awang dan Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyerahkan sumbangan bantuan kepada keluarga yang menjadikan Rumah Ronald McDonald Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur sebagai lokasi transit mereka.

Menurut Azizul yang juga pemenang pingat perak di sukan Olimpik Tokyo 2020, dia merasa sayu apabila melihat dua kanak-kanak iaitu Jannah dan Arisya yang menghidap kanser tahap empat.

“Saya hanya mampu berdoa agar Allah sembuhkan sakit yang dialami dan meminta agar keluarganya dapat menghadapi dugaan ini dengan cekal,” katanya.

Sementara itu, penjelajah Grand Slam Negara yang juga Pengerusi Biro Sukan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Qobin berkata, sumbangan sebegini akan tetap diteruskan.

“Saya dan pemuda saya teruskan usaha sebegini dari semasa ke semasa agar kami dapat terus menyumbang buat mereka yang memerlukan mengikut kemampuan yang ada,” katanya.

Antara yang disumbangkan ialah katil ceragem, pampers pakai buang dewasa dan makanan buat keluarga yang transit di rumah berkenaan.

Sementara itu, pengurus rumah transit tersebut, Siti Fikriah berkata, terdapat dua keluarga yang menginap di sini untuk membawa anak mereka menjalani rawatan kimoterapi.

“Jadi, tempat ini akan menjadi tempat tidur dan rehat bagi keluarga pesakit sementara menunggu anak mereka selesai berjumpa doktor.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Azizulhasni dan Qobin di atas sumbangan yang diberikan dan juga belanja makan tengah hari buat keluarga dan anak-anak kecil ini,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button