Hiburan

Ayuh sertai ‘Pertandingan Karaoke Orang Kahwin di Taman Mini Malaysia & ASEAN’

KUALA LUMPUR – Hujung minggu cuti persekolahan ada dalam kalangan ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak bersiar-siar sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Menjelang hujung minggu ini, jika tiada perancangan, apa kata, bawa anak-anak ke Taman Mini Malaysia & ASEAN di Ayer Keroh, Melaka untuk menyertai pertandingan karaoke.

Syarat pertandingan, peserta perlu memilih satu sahaja lagu pilihan sendiri dan pemilihan lagu, bebas.

Peserta yang layak untuk menyertai pertandingan ini berusia sembilan tahun ke atas kerana ‘Pertandingan Karaoke Orang Kawin’ ini diadakan secara terbuka.

Dari segi pakaian, para peserta bebas mengenakan apa yang diinginkan asalkan ia kemas dan mengikut kesesuaian lagu. Jangan pula nyanyi lagu berentak inang, zapin atau asli, tampil dengan imej ala-ala rock!

Para peserta perlu hadir satu jam sebelum waktu pertandingan untuk sesi pendaftaran dan bagi peserta yang ingin membuat latihan sound check, bermula pukul 9.30 pagi pada hari pertandingan iaitu pada 14 Disember ini.

Untuk menyertai pertandingan, ada bayaran yang dikenakan iaitu yuran sebanyak RM30 sahaja dan perlu dibayar sebelum 13 Disember, pukkul 6 petang melalui online transfer.

Selepas membuat bayaran, jika ada yang menarik diri, duit tidak akan dikembalikan kepada peserta. Kira burn!

Lebih baik jika para peserta yang telah membuat bayaran, hadir pada pukul 12 tengah hari, Sabtu ini kerana acara akan bermula pada pukul 2 petang.

Pemenang akan dapat hadiah wang tunai, trofi dan sijil penyertaan. Bagi sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 0162918066. Bayaran yuran penyertaan boleh dibuat melalui online kepada Persatuan Tatihseni Malaysia, CIMB nombor akaun 8602004840. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button