Rencah Hidup

Ayuh kita sumbang bantuan untuk kakitangan hospital

Petugas muslimah perlukan tudung

SAYA bukan seorang doktor, juga bukan jururawat. Anda juga bukan petugas hospital.

Akan tetapi dalam keadaan negara dilanda musibah wabak COVID-19, kita semua diminta duduk di rumah atas Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dilanjutkan sehingga 14 April, bukan lagi sehingga 31 Mac.

Perintah Kawalan Pergerakan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berkuatkuasa mulai 18 Mac lalu.

Justeru apa kata kita sama-sama hulurkan sumbangan yang mudah kepada mereka yang bertugas di hospital-hospital berdekatan dengan tempat tinggal kita.

Sebenarnya, sudah dua tiga hari salah seorang rakan memaklumkan bahawa jururawat yang  bertugas di hospital, bukan sahaja bekerja dalam tempoh 16 ke 18 jam sehari tetapi tidak sempat untuk pulang ke rumah bersalin pakaian.

Jadi, ada dalam kalangan jururawat muslimah yang memakai tudung, tidak sempat untuk menukar tudung mereka pun.

Ini bukan atas permintaan mereka tetapi rasa terpanggil untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

Anda di rumah ada tudung lebih yang bersih dan tidak digunakan? Boleh sahaja beri atau serah kepada para petugas hospital termasuklah jururawat untuk digunapakai.

Khidmat grab car boleh digunakan untuk menghantar barang-barang kepada mereka yang bertugas di hospital tetapi mestilah ada individu untuk dihubungi.

Jika anda mahu menghantar tudung atau lain-lain bantuan untuk kakitangan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh, bolehlah hubungi Nurul Akhirin Mohd. Nawi.

Beliaulah yang memaklumkan bahawa para petugas di Hospital Sungai Buloh, mengalu-alukan tudung untuk kakitangan muslimah.

Boleh hantar terus atau hubungi di talian 013-3789621 atau hubungi nombor 0 13-279 6410.

Sementara itu, dibawah adalah hantaran yang dibuat oleh seorang rakan di Facebooknya yang membuat sumbangan peribadi.

Bukan untuk mencari publisiti tetapi sebagai tauladan kepada kita semua yang terfikir untuk membantu mereka yang memerlukan.

Berikut adalah catatan beliau:

Sedikit sumbangan yang tidak seberapa berbentuk tudung sarung & sedikit air serta makanan telah selamat disumbangkan ke Hospital HUKM dan Hospital Sg Buloh (sbb arahan tak boleh keluar lebih dari 10km, kami gunakan khidmat grab express).

Melewati HUKM memang rasa sedih, sempat berbual dengan kakitangan HUKM yang terima barang tadi. Dia kata, HUKM sedang dalam keadaan ‘standby’ sekiranya PPUM tidak boleh menampung pesakit Covid, bila-bila masa HUKM kena buka untuk terima pesakit.

Sebelum beredar kakak sempat pesan supaya mereka jaga diri baik-baik dan berkali-kali mereka ucapkan terima kasih.

Dalam perjalanan pulang ke rumah kakak, kakak singgah ke rumah mak dulu.

Mak bingkas cuba nak bangun, kakak ckp ‘mak tak pe mak duduk. Angah bawak makanan ni, angah letak kat luar nanti acu amik.

Kakak hanya berdiri di luar pagar sambil lambai-lambai mak sejarak lebih kurang 8 meter 😔.. Nampak mak sedih tetapi untuk kebaikan mak yang tengah tidak sihat & kebaikan semua, hanya ini yg terbaik.

Sekiranya ada yang ingin turut menyumbang ke hospital, tak kira tudung, makanan, minuman atau apa saja barang keperluan, kakak sertakan nombor telefon n dan nama mereka yg bertanggungjawab.

Sesungguhnya dunia sedang dilanda musibah.  Jangan ada sikap pentingkan diri sendiri. Dhulukan mereka yang bersengkang mata, yang lebih memerlukan & sedang berdepan serta berjuang untuk menyelamatkan nyawa kita semua.

Ambil iktibar, jangn putus doa, jaga solat, duduk diam- diam di rumah.

Itulah sedikit perkongsian yang dibaca di laman sosial Facebook.

Jadi, kepada para pembaca SUARA MERDEKA yang budiman dan dermawan, apa kata anda ambil langkah sendiri dan hulurkan sumbangan atau bantuan yang semampu anda bagi membantu para petugas, kakitangan di hospital-hospital berdekatan dengan anda. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button