Nasional

Najib rayu para penyewa pula bertimbang rasa tangguh sewa

DATUK Seri Najib Tun Razak melalui Facebook miliknya yang mempunyai lebih 4 juta pengikut merayu kepada penyewa turut bertimbang rasa dengan menangguhkan sewa.

“Kepada tuan-tuan tanah, tuan rumah, tuan kedai, tuan shopping kompleks dan lain-lain pihak yang mengutip sewa.

“Saya faham bahawa tiada undang-undang yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghalang tuan-tuan dari menuntut sewa bulanan dari penyewa masing-masing,” katanya.

Najib berkata, bank-bank sudahpun membenarkan bayaran ansuran ditangguh selama enam bulan.

“Sebab itu, saya harap tuan-tuan yang baik hati boleh bertimbang untuk memberi diskaun sewa sehingga 90% (kerana saya faham bank masih mengenakan faedah dalam tempoh tangguhan ini) ataupun mengecualikan sewa kepada penyewa pada tempoh krisis Covid ini.

“Tiada kebaikan kepada tuan-tuan juga jika pelanggan tuan-tuan terlingkup pada masa yang amat susah ini,” katanya.

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button